Kenapa saya tidak mengambil perlindungan Takaful?
Dalam
satu perbualan dengan seorang bakal pelanggan, setelah beliau faham
akan kepentingan perlindungan dan pelan perlindungan untuk anaknya,
beliau melontarkan soalan berikut:
“Kalau begini punya penting, kenapa orang selalu lari atau tidak mahu ambil insurans/takaful?”
Kadang-kala
soalan yang sama berlegar dalam fikiran saya. Mulanya dulu saya pun
hairan tetapi lama kelamaan saya akur. Melalui pengalaman berhadapan
dengan orang ramai, memang apa yang diperkata oleh pelanggan di atas ada
benarnya. Setiap orang mempunyai pemahaman yang berlainan.
Malah, ada yang ekstrim yang menggelarkan agen insurans/takaful seperti meminta sedekah. Sedangkan jika kita faham,kewujudan
agen ini adalah untuk mengelakkan kita meminta-minta jika musibah
melanda. Adakah agen itu meminta sedekah jika usaha agen itu adalah
menyelamatkan dia daripada kemungkinan bakal menjadi peminta sedekah? Fikirkanlah…
Top 10 alasan lazim kenapa orang ramai tidak mahu mengambil pelan perlindungan adalah:
1. Saya tidak ada duit
2. Saya tidak percaya agen insurans
3. Saya tidak percaya dengan insurans
4. Saya ada simpanan dan perlindungan lain
5. Saya tidak percaya dengan syarikat insurans
6. Saya sudah ada perlindungan yang diberikan oleh majikan
7. Saya masih lagi muda
8. Saya tiada tanggungan
9. Saya tidak ada masa untuk mendapatkan insurans
10. Saya kena berhenti merokok ke?
Dan saya ingin menambah satu lagi No.11 :
Tidak Tahu, Tidak Mahu Ambil Tahu dan Tidak Peduli.
Walau
apapun alasan yang digunakan untuk mengelakkan diri daripada
mendapatkan polisi perlindungan, melindungi diri individu dengan
insurans adalah jauh lebih penting daripada semua alasan di atas.
Sebab
yang paling utama bagi setiap insan untuk memiliki pelan perlindungan
adalah supaya keluarga anda dapat mengekalkan gaya hidup seperti
sekarang walaupun sekiranya musibah yang tidak pernah disangka-sangka
berlaku.
Selain
itu, polisi insurans juga direka untuk memenuhi keperluan spesifik masa
depan anda dan juga keluarga, sama ada ianya untuk memenuhi keperluan
tabung pendidikan anak, membesarkan ahli keluarga, mencapai impian anda
ataupun satu skim persaraan yg selesa.
Terdapat
banyak pilihan pelan insurans di pasaran yang anda boleh pilih dan
ditawarkan oleh PruBSN, mengikut matlamat dan keperluan kewangan anda.
Mulakan mencari pelan yang paling sesuai untuk anda hari ini. Yang
paling penting, adalah menjadi keutamaan anda untuk memastikan anda dan
keluarga anda dilindungi tanpa mengira berapa pun usia anda sekarang.
Beli insurans sejak kecil
APABILA
menyebut mengenai insurans, ia sudah sinonim dengan makna perlindungan.
Malah, hari ini terdapat pelbagai pihak menganjurkan skim insurans yang
memberi faedah sama ada daripada segi perlindungan harta, kesihatan
atau nyawa. Namun, bagi golongan muda terutama yang baru memasuki fasa
pekerjaan, pendedahan mengenai insurans ini hanya biasa didengar tetapi
pengetahuan mengenainya masih samar terutama berkaitan keperluannya.
Menyedari
pembelian polisi insurans dalam usia muda mampu memberi kesan positif
dalam jangka masa panjang, wartawan Bisnes Metro, Hafiz Ithnin mengupas
isu ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia,
Khadijah Abdullah.
Pada usia berapa sepatutnya seseorang itu sudah mempunyai insurans?
Seseorang
boleh memiliki insurans sejak kecil untuk merancang masa depan mereka
dalam melanjutkan pelajaran, kos perubatan kritikal dan lain-lain
keperluan yang memerlukan kos perbelanjaan tinggi melalui ibu bapa atau
penjaga. Tetapi, adalah digalakkan bagi seseorang untuk memiliki
insurans pada usia muda seawal umur 20 tahun iaitu mereka boleh menerima
kemudahan harga premium insurans yang lebih rendah serta peluang
merancang masa depan dengan lebih baik.
Apakah kepentingan insurans kepada golongan muda?
Insurans
penting kepada golongan muda kerana seperti yang kita maklum, kos hidup
moden semakin meningkat dan memerlukan kos kewangan tinggi. Selain itu,
kita saban hari didedahkan dengan pelbagai bencana dan penyakit yang
mampu mengubah kestabilan hidup sendiri serta keluarga dan memudaratkan
harta benda. Golongan muda terdedah dengan pelbagai potensi risiko masa
depan dan masa kini, jadi mereka seharusnya mengambil langkah melindungi
diri mereka serta harta benda berharga mereka. Selepas berkeluarga,
mereka perlu pula melindungi masa depan keluarga.
Apakah jenis insurans yang perlu diambil oleh golongan muda?
Golongan
muda digalakkan mengambil insurans hayat dan perubatan bagi melindungi
mereka daripada kos perubatan yang membebankan ketika tua atau pada masa
tidak dijangkakan. Pada masa kini, terdapat syarikat insurans
menawarkan insurans berbentuk simpanan dan berkaitan pelaburan
(investment-linked) yang boleh menguntungkan mereka. Produk menyerupai
Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
yang menawarkan pulangan lumayan dan boleh dimiliki golongan bukan
Bumiputera sudah pasti mampu menjamin masa depan mereka. Terdapat
insurans lain yang wajib diambil seperti ketika membeli kenderaan dan
polisi insurans pilihan seperti untuk melindungi kediaman mereka serta
harta benda yang disayangi.
Bagaimanakah mengenai peruntukan kewangan seseorg itu sebelum membeli insurans?
Bakal
pelanggan atau pelanggan akan diberi nasihat dan pelbagai pilihan
pembayaran oleh ejen insurans bertauliah mahupun penasihat insurans
seperti broker, pekerja insurans dan bank assurans terlatih untuk
merancang peruntukan bulanan mereka sebelum membeli insurans. Ini
penting untuk mengelakkan mereka dibebani hutang dan masalah kewangan
kerana tidak mampu menjelaskan pembayaran premium bulanan mereka.
Insurans
ialah suatu pelaburan jangka panjang, terutamanya bagi insurans hayat
dan berkaitan pelaburan (investment-linked), jadi peruntukan kewangan
baik amat penting sebelum seseorang mengambil keputusan untuk memiliki
insurans
No comments:
Post a Comment